topbella

Sunday 12 March 2017

New 2017

Well,
Assalammualaikum and Hello bloggers...


                       Such a long time i didnt update anything in this blog.. Dah berhabuk + Kulat... Sekarang dah 2017, and officially turn to 21 + as long belum bulan jun, boleh di kira 21 lgi laaa kann, hehehehehehe...


                        Back to the earth, ape yang berlaku on 2017?? Let me think and remember what happen since new year.. dah bulan march kn?? bru 3 bulan berganjak ke tahun baru TAPI macam-macam dah berlaku. Almaklumlahhhh, hidup di dunia milik Allah, takkan pernah sunyi dengan dugaan yang telah di atur oleh-Nya untuk hamba yang kerdil nie. Hanya mampu redha, sabar dan tabah untuk setiap jalan cerita yang berlaku. Alhamdulillah untuk yang baik, Astaghfirullah alazim untuk setiap yang buruk bagi mengingatkan hati dan jiwa yang mati serta kotor oleh dosa-dosa sengaja ataupun tidak yang telah kita lakukan.


                        Well, Sheira dah sambung study balik lepas graduate as Diploma student dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Untuk pengatahuan semua, Universiti Putra Malaysia ade dua cawangan kampus tau.. Satu kat Serdang, satu lagi kt Bintulu. Kat Kampus Bintulu Just provide 6 course Diploma, 1 Asasi, dan 1 program Bachelor..



  1. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  2. Diploma Pertanian
  3. Diploma Peniagaan Tani
  4. Diploma Perikanan
  5. Diploma Kejuruteraan Pertanian
  6. Diploma Kesihatan Haiwan Dan Peternakan
  7. Pra-Diploma
  8. Bachelor Sains BioIndustri

                        Sheira merupakan graduan Diploma Pengurusan Perladangan makanan di mana merangkumi skop pertanian dan penternakan which is semua benda kena blajar laaa, sebab nak mengurus sesuaatu organisasi should know from A-Z, am i right? So, program diploma, sheira amik dalam masa 3 tahun untuk grad. start Batch 2013/2014 and grad 2016 dengan jayanya, Alhamdulillah, dapat dekan untuk satu sem. Dorongan family yang sentiasa kat sisi saat jatuh bangun sheira.Majlis Konvo bulan Oct 2016, mehhhh... payung ckit gmbar pre-Konvo and Konvo..
















                       Bukan payung sikit dah nie, boleh bt cuci mata bed time story ...hahahahhahaahhah, setelah sekian lama tak jejak kaki ke semnanjung, Alhamdulillah, dpt gak rezeki g sna ngan family.. Abah, Mama.. tue je adik mampu bagi.. senyuman dan segulung diploma yang xseberapa untuk mama abah.. i know i might not be perfect like other, who give the best shot of result, for me... tue je yang mampu...


                      Thanks to my " Adik" AnisNadh and family banyak tolong aku and family.. bgi duduk rumah kt Kajang secara percuma dengan pakej kereta.. Jasa korang Family hanya Allah dapat balas gaiss... Anis nie laaa roomate aku dari diploma sem dua smpai sem 5... dah kira macam adik aku, mudah-mudahan ikatan persahabatan akan terus kekal until Jannah.. Aamiin...


                            Nie laa my adik, Anis... time nie gambar time Dinner Alumni Upm





                 During graduation, sheira dah sambung study balik.. amik degree.. kat UPMKB lagiii...hehehehehhe, rezeki bebbb...dapat sambung degree kt Bintulu, Bachelor Sains Bioindustri.. tak ramai tau yang ade program degree kt UPMKB even budak Serdang pun xtau sgat ade program degree sesat kt UPMKB... nnt Sheira crita lebih mendalam pasal program ade kat UPMKB okay..




                  Nak tau ape tak?? Sheira dapat sambung degree ngan Anis lagii... Jodoh kuat, heheheh... and kte org dpt jdi roomate lagii... hamekkk kauu, hadap lagi muka aku 3 tahun... sepatut, 4 tahun, tp kami yang grad Diploma dpt special ckit, boleh transfer credit hours singkat laa jdi 3 tahun.. Alhamdullah, tak laa bertongkat naik pentas.. Hutang PTPTN pn xlaa smpai bercucu bru abis bayoo kan...hahhahahahaha


                   During this blogging, Sheira dan sem 2 as degree student.. dan masuk minggu ke-5 pn...hehehehhe, and now tak dpat tido..tetibe tringat pulak kt blog.. dah lama tak brcerita kt snie.. banyak bnda nak share actually.. tp In Shaa Allah, time by time.. i will Share.. sebab sheira tau ade je STALKER yang duk sibuk cek blog nie.. kannnn.. " wehh, kau boleh tipu orang lain.. tp kau xbleh tipu dri kau and PENCIPTA" igat tue... then, dah bca, ade laa gosip-gosip yang tersebar, ape aku bt and so on...hahahahahhha, come on laaa... cri cerita hdup kau sndri and stop menyibuk kisah hdup org... gosip kalah kan perempuan... what the hackk... #anakmanja ... ye laa, hidup kau bosan.. asyik penuh ngan kisah cinta + penipuan komplot keluarga bagai.. kamon laaa bebbb, u still young.. cri pengalam hdup and jgan bajet matang sngat... dah laa xmatured, sibuk kacau life org... kesian gak laa... kalau aku describe psal kau, aku kna bt satu tajuk khas tuk kau.. hahhahaha, sebab bnyak sgat nk crita...hehehhehe, selamat membaca..


good night, sheira akan share lagii..sbb suka sgat share...supaya org tau, kta bhgia tanpa kau... peace bebehhh... 

p/s: maaf laa kalau ade typo.. dah pagii, men taip ikut gerak hatii... 




















Friday 29 May 2015

Air Mata penenang



Jangan pernah gentar,takut, malu di tertawakan kerana menangis.. Allah anugerahkan air mata sebagai satu penyembuh kedukaan dan luka di hati.. cara meluahkan rasa sedih dan gembira tanpa berkata apa-apa di saat kita tak mampu meluahkan atau berkongsi..


kadang kala, kesedihan, kekecewaan, sakit yang tidak terungkap tak mampu kita kongsikn.

pernah tak anda lalui, di saat seseorang menangis di hadapan anda dan anda juga merasa kesedihan dan keperitan orang tu?? for me, yess.. ive been faced the situation before.. walaupun tanpa sepatan perkataan terkeluar tapi kesedihan dan kesakitannya kita dapat rasai.. biar pun tiada kata semangat, cukup laa kita lalui situasi begitue bersama..


orang zaman dulu, kalau masuk meminang gadis, mesti akan tanya persetujuan gadis tersebut kan.. well, sometimes gadis tersebut tak mengeluarkan kata-kata pun.. tapi ada yang menangiskan bila orang tanya "setuju" atau "tidak".. orang tuas-tua dulu akan merasa air mata.. jika sejuk air mata tue, maksud nya, menangis kegembiraan.. tapi kalau panas.. sebaliknya.. 


banyak peranan air mata.. kalau saya, bila menangis, bermakna saat tue kesakitan dalam jiwa tak mampu ditanggung lagi.. tapi bila lepas menangis, In Shaa Allah, kesakitan berlalu pergi dan kekuatan hati datang kembali untuk lebih tabah..

bersyukur ada penawar yang sentiasa berada di sisi... :-)



Dugaan

Sebagai hamba di atas muka bumi nie, kita takkan terlepas dengan perlbagai dugaan dan cabaran hidup yang diberikan sebagai tanda penguji kekuatan hati, dan iman.. selain tue, dengan semua dugaan tersebut, diberikan dengan tujuan mematangkan diri..


setiap masalah ada jalan penyelesaian. yang membezakan cara kita hadapinya.. Mama selalu ingatkan aku, setiap ujian di datangi dengan rasa kasih dan sayang Allah SWT kepada kita.. dia rindu akan keluhan, rintihan mengadu kepada-Nya... dia rindukan kita untuk ingat kepada-Nya. Ujian datang bukan menzalimi Hamba-Nya tetapi untuk memberi kekuatan mental dan hati.. Allah takkan uji kita di luar kemampuan diri kita..


sebagai manusia yang lemah, kesabaran adalah penting untuk kita hadapi setiap dugaan.. pedulikan apa yang orang berkata buruk tetang diri kita selagi kita kenal siapa diri kita.. jangan bertindak luar jangkaan yang boleh memudaratkan diri.. sayangi laa diri, jasat, hati, dan nyawa yang diberikan kepada kita.. semua itu anugerah yang tidak ternilai yang akan di bawa ke akhirat kelak..


Jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain sebab Allah datangi ujian dan dugaan dengan pelbagai cara, dan masa.. kadang-kadang, jangan menghina orang yang ada masalah besar dalam hidup mereka.. mereka adalah antara manusia yang sangat beruntung sebab Allah masih ingatkan diaorang.. Kita?? Allah uji sikit-sikit je kan.. thats mean, jiwa kita tak cukup kental macam yang lain. Masalah bukan masa kita menghina orang lain, tapi ambil sebagai pengajaran.. bukan menjatuhkan.. orang yang jatuh kini, tak semestinya setiasa berada di bawah.. orang yang berada di atas akan merasai berada di bawah satu ketika nanti.


Khafarah kehidupan setiasa bersama kita.. bumi bulat, dan berputas.. begitu juga hidup kita. Allah sayangkan Hamba-Nya.. Pelangi akan muncul selepas hujan dan hari kelam.. keindahan kehidupan muncul selepas suram nya hidup.. hidup seorang sebuah keluarga akan lebih indah setelah hadirnya cahaya mata sebagi makmum.. tapi pernah terfikir, perit seorang ibu mengandungkan bayi selama 9 bulan.. mual, mood tak tentu, mengidam, kaki bengkak, berat badan naik, struktur tubuh berubah yang paling teruji ketika sakit bersalin.. kalau nak mendalami, pergi ke youtube, search laa cara ibu melahirkan anak... anda akan rasa kesakitan tue dan faham penderitaan.. ayah? terpksa bersabar dengan kerenah isteri.. cari nafkah untuk menyambut kelahiran.. taoi selepas lahirnya cahaya mata, semua perit dan penat lelah hilang begitue, sebab apa? Allah hadirkan penawar penyejuk dalam diri cahaya mata..

Begitu juga kehidupan, pasti ada cahaya menanti jika kita sabar hadapi setiapa dugaan yang hadir dengan hati yang sabar dan ikhlas.

kalau orang sekeliling ada masalah, luangkan la masa sekejap mendengan rintihannya, bagi nasihat agar dia kuat, bukan dengan memandang rendah terhadap mereka...

usia bukan penentu kematangan seseorang,tetapi cara penyelesaian masalah yang menentukan kematangan seseorang.. sabar laa wahai hati, setiap yang berlaku ada hikmah.. sabar ye...


:-) Luahan hati

Thursday 21 May 2015

Mangsa Keadaan



Pernah jadi mangsa keadaan? orang lain buat hal, orang lain dapat buruk?? Most people pernah alami semua nie..


Tipu laa kalau aku (better guna kau,aku..takut guna nama sendri kena cakap poyo) tak pernah alamikan.. kalau tak, tak kan aku nak share supaya aku untuk future life aku nanti supaya taakk jadi mangsa keadaan lagi..

Well, bukan sekali dua aku alami, dah banyak kali but this time the worse one everr.. ye la, muka aku pun dah dikira sombong, susah nak senyum.. lagi laa orang pandang buruk kat aku.. perangai ntah pape, kasar, bahasa selalu kesat, suara tinggi, and boleh dikatakan kategori biadap ( for who give me a s***).. 

tau tak kenapa semua benda nie berlaku?? sebab manusia suka nilai perwatakan dan hati manusia melalui luaran.. manusia zaman sekarangkan, hebat... semua anak-anak murid raja bomoh.. sekali pandang, terus boleh nilai manusia lain.. contoh:-


  • Rambut perang, tak sembahyang ( padahal, rambut rosak)
  • pakai baju tuck-in, pakai spec, neck-tie smpai terjerut halkum, Nerd ( orang nak jaga kekemasan)
  • pakai tudung, baikk, masuk syurgaa... free hair, masuk neraka, keturunan laknat ( well, hati manusia, siapa tahu)
  • pakai kereta besar, kaya, rasuah, belagak ( kereta pinjam)
  • pakai songkok, kopiah, baju melayu, jubah, Alim@ustaz ( padahal, setahun sekali pun susah nak pakai
  • pergi oversea blajar, bercuti, pakai branded , kaya ( pinjam ptptn, mara,jpa taak berbaya)
and etc


banyak situasi sebenarnya.. gosip tak kenal tempat and tanpa usul periksa.. boleh jatuh kes Fitnah tau? ibarat dosa membunuh jika kita fitnah orang.. 

kadang-kadang, orang tak nampak salah kita sebab Allah msih menjaga aib kita tapi Allah buka aib kita bukan sebab apa, sebab Allah nak kita sedar kesilapan kita, Allah rindu kan kita, sebab tue di turunkan ujian. Yang tembelang busung dan berbau tapi msih dapat cover, tak payah nak selesa sangat.. bongkak, aku solat, aku buat jahat, Allah tutup aib aku.. well, hell-o... Allah masih bgi kau peluang untuk sedar sebab hari tak semestinya cerah sampai ke petang. jangan selesa dengan keadaan diri.

Yang paling ta boleh blaahhh, bila dia rasa diri dia sempurna, dia boleh tengok orang lain di bawah tapak kaki.. 

Wahai rakan-rakan sekalian, buang laa sikap nilai dari luaran.. 



moral: jangan terlalu bodoh percayakan cakap orang, dan jangan juga terlalu bodoh ikut rasa hati dan amarah diri.. nanti makan diri sendri.. orang lain bahagia, engkau yang bermusuh.. padahal, orang tue tak cari gaduh ngan kau.. Manusia macam tue, better tayah hidup pun takk pe.. suka sangat huru harakan keadaan.. jangan gunakan imej yang baik untuk tutup kebusukan hati tue, takut nanti orang lain salah anggap tentang penampilan yang baik sebenarnya pura-pura..


Perwatakan dan pemakaian melambangkan peribadi, jangan salah gunaa.. nanti Allah marah.. aku bukan manusia sempurna, tapi aku ada hati dan perasaan yang sakit bila diperlakukan sebegitu.. aku makan hati, engkau sedang bebahagia.. ermm, buang laa sifat dengki, baran tue.. jangan babitkan orang lain dalam masalah engkauu... bawa bertaubat dan mohon maaf.. kau sujud 5 kali sehari, puasa sunat sekalipun if kau buat salah, kecil kn hati sesama manusia, dosa kau Allah tak ampun selagi orang tue tak maafkan kau.. Kalau kau buat dosa dengan orang yang jenis pendendam, susah kau kat akhirat.. semua amalan perfect, tinggal setapak je nak msuk syurga, tetiba, sangkut dosa sesama manusia, tak lepas bebb.. termasuk laa hutang.. 


aku nie, bukan baik pun,, basic agama ada laa.. tapi amalan tak cukup tapi aku masih cuba menjadi yang terbaik even tak sangat.. sebab aku takk nak nama agama dipermainkan,, pakai tudung, tapi bertepuk tampar dengan lelaki, ketwa macam pontianak mengilai.. aku masih mencari kesucian agama, dan masih perbaiki.. sebab Agama lambang peribadi dan kesucian diri.. jangan sesekali permainkan..

p/s: maaf kepada sesiapa yang terasa, hanya perkongsian dari hati ke hati.. sebab sakit tue aku yang rasa, dan tanggung.. tetapi orang tue bahgia dan hanya pergunakan aku di saat perlukan,, bila aku bt hal lain, aku yang dipersalahkan cakap aku tak pentingkan orang sekeliling.. pernah tak orang tanya apa masalh aku? tak kn? trus menunding aku lupa orang sekeliling.. maaf sekali lagi, aku bukan manusia sempurna.. dan engkau.. bawa laa sabar, selami jiwa kau, kenapa kau ingin jadi muslimah dan muslimin.. jangan burukan identiti.. nanti orang lagi pandang hina.. 

have a nice day with bless of Allah
thnx :(


Tuesday 19 May 2015

My Little Kitty , "JUNIOR"

Semalam, 18/05/1015



well, lepak-lepak dengan mama kat dapur.. beside baru balik dari Survey Putatan beli barangan keperluan dapur. Sebelum tu awal pagi dah keluar sarapan kat luar sebab Aira takde selera nak makan. So, Mama Abah ajak bertukar angin.


so, Shopping Mission with my BIG MAM bermula jam 10 pagi and balik rumah sebelum zuhur sebab abah nak pergi masjid untuk solat zohor. Bila balik rumah, ofcourse laaa kan kene kemas barang yang dah beli, takkan nak bersepahkan pulak kan..

Bila duk sibuk kemas barang tue, something noise sound like little kitten crying.. as well, memang Aira nie sebagai seorang manusia yang tak boleh nak adapt dengan bunyi kucing menangis, insecure laa jugak kan.. sebab setahu Aira, anak kucing Aira yang dua ekor tue dah besar gedabak.. taa laa gedabak sangat.. sekor umur 2 bulan lebih, sekor 3 bulan.. soo, pelik jugak taakan duk "meow" macam tue kan.. lagipun, dua ekor makhluk bebrbulu yang gemok tue dalam rumah.. baru sedar bila nampak dyorang berlari-lari gigit each other.

lastly, Aira decide tuk keluar tengok what actually happen.. Aira dengar tau suara setiap kitty tue TAPI, tak nampak di mana located nyerr poor little kitten tue.. Aira dengar macam dalam longkang kat bawah kandang kucing-kucing.. and Aira baru tersedar, kesemua repoter makhluk bebrbulu kat luar ikut curious like i do.. Achuk ( Old Male Blue britain Short Cat) and Snowey ( Guinea Pig Hamster) dah ta senang duduk dalam cage sebenarnya... lupa pulak, dua makhluk bebulu tue nama nyer Bella (Calico Cat 3 colour *actually 4* grey, Black,white,orange) and Omel (maine coon Orange).. Bella baru 3 bulan lebih, while Omel baru 2 bulan..

banyak kali aira try tunduk, sambil menyuluh dekat bahagian longkang tuk pastikan kucing tue xde kt dalam longkang... as well, omel and bella mmg tolong, tolong menyibuk dan mnyemakan keadaan.. Then Aira panggil mama, suruh mama cuba dengar suara anak kucing tue, and she said anak kucing tue kat rumah jiran sebelah but Aira tau suara tue bukan dari sebelah but Aira cuba je laa bt xtau.. and tgah mengemas suara tue makin lama makinnnnnnn kuat, and hati Aira tergerak tuj pergi tengok, and TERKEJUT... Yes...!! the poor little kitty kt dalam longkang and why i didnt see it before.. soo, Aira tarik kucing tue keluar, and balut ngan kain and automatik kucing tue senyap..

im feel soo happy tapi in the same time Aira jadi nervous sebab Kucing tue terlalu kecil and still mnyusu ibu.. i wonder, wheres the mother?? anggaran Aira usia kucing tue 3 mnggu.. sebab dengan keadaan mata yang baru terbuka but masih dalam kondisi "Buta"..

belom apa-apa, satu benda dah terlintas.. Macam mana Aira nak menyusukan anak kucing nie? dah la kecil.. kalau ada kucing betina, boleh tumpangkan but xde.. soo, petang tue, Aira keluar balik ngan mama pergi Kedai Kucing kt putatan, and beli botol susu.. no choice, if not kne guna shringe.. tapi kesian pulak.. takut taa puas...

hari nie, hari kedua Aira start jaga anak kucing nie.. Alhamdulillah, Anak kucing yang diberi nama "JUNIOR" @ "NOTY" sihat.. Aira Harap sangat Noty akan sihat and kuat..



Sunday 10 August 2014

Kaedah Pengurusan Serangga Perosak



Untuk ladang berskala besar dan berasaskan bahan kimia,  IPM dapat mengurangkan pendedahan manusia dan persekitaran kepada bahan kimia berbahaya dan berpotensi menurunkan kos keseluruhan untuk penggunaan bahan racun perosak dan pekerja:



1.Pengecaman perosak yang betul:

Perosak jenis apa?

Kes-kes yang melibatkan pengecaman yang salah menyebabkan tindakan yang diambil adalah tidak berkesan.



Jika tumbuhan rosak disebabkan terlebih penyiraman, ia menyebabkan infeksi fungi dan kos penyemburan akan berlaku dan tumbuhan tidak akan menjadi lebih baik. 



2.Mempelajari kitaran hidup dan biologi perosak dan perumah:

Pada masa anda melihat sesuatu perosak, ia mungkin sudah terlambat untuk melakukan lebih IPM kecuali membuat semburan dengan racun perosak.

Kadang-kala, terdapat peringkat kitaran hidup yang lain yang mudah terdedah untuk tindakan pencegahan. Sebagai contoh, biji benih rumpai pada musim penanaman terdahulu mungkin dapat dicegah dengan sungkupan.

Pelajari apa yang diperlukan oleh perosak untuk hidup dapat memusahkan anda mengalihkannya.

3.Pantau atau membuat persampelan  persekitaran untuk populasi perosak.

Berapa jumlah perosak yang ada?

Tindakan pencegahan mesti diambil pada masa yang betul.

Untuk alasan tersebut, apabila perosak telah dikenalpasti dengan tepat, pemantauan mesti dimulakan sebelum ianya menjadi masalah.

Perangkap perlu diperiksa sekerap yang mungkin dan dengan itu populasi dapat dipantau dan dikawal sebelum ianya lebih teruk.

Sesetengah faktor untuk diambil berat dan dipantau termasuklah:

Adakah perosak ada atau tidak?

Bagaimana dengan taburan, samada keseluruhan kawasan atau hanya disesetengah tempat?

Adaka populasi perosak meningkat atau berkurangan?



4.Menubuhkan tahap/ambang tindakan (ekonomi, kesihatan atau estetika)

Bagaiaman banyaknya terlalu banyak?

Dalam sesetengah kes, sesetengah jumlah perosak adalah boleh ditolenrasi. Kacang soya toleran dengan kehilangan daun, jika terdapat beberapa ulat dalam kawasan ladang dan populasi mereka tidak meningkat dengan dramatik, maka tidak perlu tindakan dimabil.

Sebaliknya, terdapat titik di mana tindakan mesti diambil untuk mengawal kos.

Untuk petani, titik tersebut adalah di mana kos kerosakan disebabkan perosak adalah lebih besar dari kos pengawalan. Ini adalah ambang ekonomi.

 Toleransi kepada perosak adalah pelbagai dengan samada ianya melibatkan bahaya kesihatan (toleransi rendah) atau semata-mata kerosakan kosmetik (toleransi tinggi dalam situasi bukan komersial).

Kawasan yang berbeza mungkin juga mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan kawasan yang khusus. Kehadiran cengkih putih mungkin diterima sepenuhnya pada bahagian kotak tee di padang golf, tetapi tidak dapat diterima dalam laluan dimana ianya menyebabkan kekeliruan di atas padang permainan.



5.Memilih kombinasi taktik pengurusan yang sesuai

Untuk mana-mana situasi perosak, terdapat beberapa pilihan yang perlu diambilberat.

Pilihan termasuklah pengawalan mekanikal atau fizikal, pengawalan kultur, pengawalan biologi dan pengawalan kimia.

Pengawalan mekanikal atau fizikal termasuklah pengutipan perosak dari tumbuhan, atau menggunakan jaring atau bahan lain untuk mencegah perosak termasuklah burung atau tikus dari masuk dalam struktur tanaman.

Pengawalan kultur termasuklah menjadikan sesuatu kawasan yang kondusif dengan membuang atau menyimpan sisa dengan lebih baik atau membuang tanaman yang dijangkiti dari kawasan penanaman.

Pengawalan biologi adalah melalui pemeliharaan dari pemangsa semulajadi atau peningkatan pemangsa semulajadi.

 Pengawalan peningkatan pemangsa semulajadi termasuklah memperkenalkan pemangsa secara semulajadi ada samada pada tahap dibanjiri atau diinokulasi.

Tahap dibanjiri adalah dengan memasukkan pemangsa dalam jumlah yang banyak dalam memusnahkan populasi perosak.

Tahap inokulasi bermaksud memasukkan pemangsa dalam jumlah yang lebih sedikit untuk mengurangkan populasi semulajadi perosak dan pengawalan ini adalah berterusan.

Pengawalan kimia termasuklah penggunaan racun perosak seperti racun serangga dan racun rumpai.

Program Hijau Pengurusan Perosak IPM menggunakan racun perosak yang dihasillkan dari bahan-bahan semulajadi.



6.Membuat penilaian hasil 

Bagaimana ianya berfungsi?

Penilaian kadang-kala adalah salah satu langkah yang paling penting.

Proses ini untuk menilai semula satu program IPM dan hasil yang diperolehi.

Mempersoal soalan-soalan berikut adalah turut berguna:

Adakah tindakan memberikan kesan seperti dikehendaki?

Adakan pencegahan dan pengurusan perosak ini memenuhi kepuasan petani?

Adakah kaedah itu sendiri berhasil?

Adakah terdapat mana-mana kesan sampingan yang tidak dikehendaki?

Apakah yang dapat dilakukan pada masa depan untuk sistuasi perosak ini?

 Pemahaman terhadap keberkesanan program IPM membolehkan pengurus kawasan untuk membuat penyesuaian kepada rancangan IPM sebelum perosak mencecah ambang tindakan dan memerlukan tindakan dilakukan semula.


Kejuruteraan Genetik Dalam Penghasilan Makanan. Adakah Ianya Selamat?

Firstly we start with Genetic Engineered Food.  It is safe? (Kejuruteraan Genetik Dalam Penghasilan Makanan. Adakah Ianya Selamat?) This task was given to us last semester for presentation for our subject of Human and Plantation by our lecture En.Syukri at UPMKB. My group the only group get full marks for this task. So, in this opportunity i would like to share the knowlege  that I've got from this task.


Apa Itu Kejuruteraan Genetik?


Kejuruteraan Genetik bermaksud pengubahsuaian sesuatu organism dari segi genetik DNA (Deoxyribonucleic Acid) and RNA (Ribonucleic Acid). Teknik yang dilakukan seperti pengasingan Gen yang di kehendaki kemudian di isi kedalam gen vektor. setelah pengasingan selesai, keputusan dan transformasi organism akan dapat dilihan dan di perhatikan. GMO ( genetik modified Organism) adalah berbeza daripada organism yang asal atau yang tidak di ubahsuai. 


Pernah Terfikir? Lihat?

  • Dahulu padi hanya membuahkan hasil setahun sekali. Sekarang? Padi mampu boleh di tuai dalam masa EMPAT  BULAN   
  • Bagaimana Hormone Insulin yang digunakan dalam perubatan dapat dihasilkan dan berfungsi menukarkan Glukos Kepada Glukagon
  • Wujudnya pokok jangung dan padi yang ditanam tidak perlu disembur dengan racun serangga kerana pokok itu sendiri akan menghasil racun sendiri 

 Bioteknologi

Gabungan antara biologi dan juga teknologi dimana bertujuan kajian sains terhadap hidupan dengan aplikasi sains bagi menyelesaikan dan memudahkan kerja manusia. Kini kian mengembang dalam bidang pertanian, perubatan, persekitaran dan lain-lain.

Kepentingan:-
  • Memastikan tanaman yang di hasilkan sihat dan berkualiti
  • Memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat kini

Kesan:-
  • Kesan sampingan
  • Kegagalan tanaman yang meluas
  • Pencemaran Alam
  • Masalah Kesihatan

Makanan Ubah Suai Genetik (GMF)
Genetic Modified Food 

Pengasingan Gen satu organism dan memindahkan kepada Organism yang lain kemudian menghasilkan ubah suai genetik (GMF) untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.


Sudut Pandangan;-
 
Dari sudut pandangan islam .Sebagai umat Islam memilih makanan perlulah dari sumber yang baik ya ini, Halal dan Baik (Halalan Tayyiban). Makanan adalah sumber penting bagi membina pertumbuhan dan kesihatan badan yang baik. Manakala dari  segi kebersihan dan kesucian makanan tersebut dapat memebentik Jasmani dan Rohani yang baik.


 Setiap kejadian yang terjadi dimuka bumi ini ada pro dan kotra di mana dapat dinilai baik dan buruk sesuatu perbuatan manusia kerana setiap kejadian yang Allah jadikan tidak sempurna Kerana sifat sempurna hanya di miliki oleh Allah S.W.T.. So, sekarang tidak ada mana-mana pihak yang tampil bagi memastikan makanan GMF selamat ataupun tidak kerana ada baik dan kesannya yang tersendiri. Oleh itu, sebagai manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini perlu sentiasa menjaga apa  yang Allah dan kurnia kan dan hagainya sebaik mungkin. 




My Photo
Cinta Si Gadis Ungu
Sacha Sheira 20++ Student at UPM Kampus Bintulu Kota Kinabalu, sabah.. Jangan menaruh harapan..
View my complete profile