topbella

Friday, 29 May 2015

Dugaan

Sebagai hamba di atas muka bumi nie, kita takkan terlepas dengan perlbagai dugaan dan cabaran hidup yang diberikan sebagai tanda penguji kekuatan hati, dan iman.. selain tue, dengan semua dugaan tersebut, diberikan dengan tujuan mematangkan diri..


setiap masalah ada jalan penyelesaian. yang membezakan cara kita hadapinya.. Mama selalu ingatkan aku, setiap ujian di datangi dengan rasa kasih dan sayang Allah SWT kepada kita.. dia rindu akan keluhan, rintihan mengadu kepada-Nya... dia rindukan kita untuk ingat kepada-Nya. Ujian datang bukan menzalimi Hamba-Nya tetapi untuk memberi kekuatan mental dan hati.. Allah takkan uji kita di luar kemampuan diri kita..


sebagai manusia yang lemah, kesabaran adalah penting untuk kita hadapi setiap dugaan.. pedulikan apa yang orang berkata buruk tetang diri kita selagi kita kenal siapa diri kita.. jangan bertindak luar jangkaan yang boleh memudaratkan diri.. sayangi laa diri, jasat, hati, dan nyawa yang diberikan kepada kita.. semua itu anugerah yang tidak ternilai yang akan di bawa ke akhirat kelak..


Jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain sebab Allah datangi ujian dan dugaan dengan pelbagai cara, dan masa.. kadang-kadang, jangan menghina orang yang ada masalah besar dalam hidup mereka.. mereka adalah antara manusia yang sangat beruntung sebab Allah masih ingatkan diaorang.. Kita?? Allah uji sikit-sikit je kan.. thats mean, jiwa kita tak cukup kental macam yang lain. Masalah bukan masa kita menghina orang lain, tapi ambil sebagai pengajaran.. bukan menjatuhkan.. orang yang jatuh kini, tak semestinya setiasa berada di bawah.. orang yang berada di atas akan merasai berada di bawah satu ketika nanti.


Khafarah kehidupan setiasa bersama kita.. bumi bulat, dan berputas.. begitu juga hidup kita. Allah sayangkan Hamba-Nya.. Pelangi akan muncul selepas hujan dan hari kelam.. keindahan kehidupan muncul selepas suram nya hidup.. hidup seorang sebuah keluarga akan lebih indah setelah hadirnya cahaya mata sebagi makmum.. tapi pernah terfikir, perit seorang ibu mengandungkan bayi selama 9 bulan.. mual, mood tak tentu, mengidam, kaki bengkak, berat badan naik, struktur tubuh berubah yang paling teruji ketika sakit bersalin.. kalau nak mendalami, pergi ke youtube, search laa cara ibu melahirkan anak... anda akan rasa kesakitan tue dan faham penderitaan.. ayah? terpksa bersabar dengan kerenah isteri.. cari nafkah untuk menyambut kelahiran.. taoi selepas lahirnya cahaya mata, semua perit dan penat lelah hilang begitue, sebab apa? Allah hadirkan penawar penyejuk dalam diri cahaya mata..

Begitu juga kehidupan, pasti ada cahaya menanti jika kita sabar hadapi setiapa dugaan yang hadir dengan hati yang sabar dan ikhlas.

kalau orang sekeliling ada masalah, luangkan la masa sekejap mendengan rintihannya, bagi nasihat agar dia kuat, bukan dengan memandang rendah terhadap mereka...

usia bukan penentu kematangan seseorang,tetapi cara penyelesaian masalah yang menentukan kematangan seseorang.. sabar laa wahai hati, setiap yang berlaku ada hikmah.. sabar ye...


:-) Luahan hati

0 comments:

Post a Comment

My Photo
Cinta Si Gadis Ungu
Sacha Sheira 20++ Student at UPM Kampus Bintulu Kota Kinabalu, sabah.. Jangan menaruh harapan..
View my complete profile