topbella

Friday, 29 May 2015

Air Mata penenang



Jangan pernah gentar,takut, malu di tertawakan kerana menangis.. Allah anugerahkan air mata sebagai satu penyembuh kedukaan dan luka di hati.. cara meluahkan rasa sedih dan gembira tanpa berkata apa-apa di saat kita tak mampu meluahkan atau berkongsi..


kadang kala, kesedihan, kekecewaan, sakit yang tidak terungkap tak mampu kita kongsikn.

pernah tak anda lalui, di saat seseorang menangis di hadapan anda dan anda juga merasa kesedihan dan keperitan orang tu?? for me, yess.. ive been faced the situation before.. walaupun tanpa sepatan perkataan terkeluar tapi kesedihan dan kesakitannya kita dapat rasai.. biar pun tiada kata semangat, cukup laa kita lalui situasi begitue bersama..


orang zaman dulu, kalau masuk meminang gadis, mesti akan tanya persetujuan gadis tersebut kan.. well, sometimes gadis tersebut tak mengeluarkan kata-kata pun.. tapi ada yang menangiskan bila orang tanya "setuju" atau "tidak".. orang tuas-tua dulu akan merasa air mata.. jika sejuk air mata tue, maksud nya, menangis kegembiraan.. tapi kalau panas.. sebaliknya.. 


banyak peranan air mata.. kalau saya, bila menangis, bermakna saat tue kesakitan dalam jiwa tak mampu ditanggung lagi.. tapi bila lepas menangis, In Shaa Allah, kesakitan berlalu pergi dan kekuatan hati datang kembali untuk lebih tabah..

bersyukur ada penawar yang sentiasa berada di sisi... :-)



0 comments:

Post a Comment

My Photo
Cinta Si Gadis Ungu
Sacha Sheira 20++ Student at UPM Kampus Bintulu Kota Kinabalu, sabah.. Jangan menaruh harapan..
View my complete profile