topbella

Sunday, 10 August 2014

Kaedah Pengurusan Serangga Perosak



Untuk ladang berskala besar dan berasaskan bahan kimia,  IPM dapat mengurangkan pendedahan manusia dan persekitaran kepada bahan kimia berbahaya dan berpotensi menurunkan kos keseluruhan untuk penggunaan bahan racun perosak dan pekerja:



1.Pengecaman perosak yang betul:

Perosak jenis apa?

Kes-kes yang melibatkan pengecaman yang salah menyebabkan tindakan yang diambil adalah tidak berkesan.



Jika tumbuhan rosak disebabkan terlebih penyiraman, ia menyebabkan infeksi fungi dan kos penyemburan akan berlaku dan tumbuhan tidak akan menjadi lebih baik. 



2.Mempelajari kitaran hidup dan biologi perosak dan perumah:

Pada masa anda melihat sesuatu perosak, ia mungkin sudah terlambat untuk melakukan lebih IPM kecuali membuat semburan dengan racun perosak.

Kadang-kala, terdapat peringkat kitaran hidup yang lain yang mudah terdedah untuk tindakan pencegahan. Sebagai contoh, biji benih rumpai pada musim penanaman terdahulu mungkin dapat dicegah dengan sungkupan.

Pelajari apa yang diperlukan oleh perosak untuk hidup dapat memusahkan anda mengalihkannya.

3.Pantau atau membuat persampelan  persekitaran untuk populasi perosak.

Berapa jumlah perosak yang ada?

Tindakan pencegahan mesti diambil pada masa yang betul.

Untuk alasan tersebut, apabila perosak telah dikenalpasti dengan tepat, pemantauan mesti dimulakan sebelum ianya menjadi masalah.

Perangkap perlu diperiksa sekerap yang mungkin dan dengan itu populasi dapat dipantau dan dikawal sebelum ianya lebih teruk.

Sesetengah faktor untuk diambil berat dan dipantau termasuklah:

Adakah perosak ada atau tidak?

Bagaimana dengan taburan, samada keseluruhan kawasan atau hanya disesetengah tempat?

Adaka populasi perosak meningkat atau berkurangan?



4.Menubuhkan tahap/ambang tindakan (ekonomi, kesihatan atau estetika)

Bagaiaman banyaknya terlalu banyak?

Dalam sesetengah kes, sesetengah jumlah perosak adalah boleh ditolenrasi. Kacang soya toleran dengan kehilangan daun, jika terdapat beberapa ulat dalam kawasan ladang dan populasi mereka tidak meningkat dengan dramatik, maka tidak perlu tindakan dimabil.

Sebaliknya, terdapat titik di mana tindakan mesti diambil untuk mengawal kos.

Untuk petani, titik tersebut adalah di mana kos kerosakan disebabkan perosak adalah lebih besar dari kos pengawalan. Ini adalah ambang ekonomi.

 Toleransi kepada perosak adalah pelbagai dengan samada ianya melibatkan bahaya kesihatan (toleransi rendah) atau semata-mata kerosakan kosmetik (toleransi tinggi dalam situasi bukan komersial).

Kawasan yang berbeza mungkin juga mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan kawasan yang khusus. Kehadiran cengkih putih mungkin diterima sepenuhnya pada bahagian kotak tee di padang golf, tetapi tidak dapat diterima dalam laluan dimana ianya menyebabkan kekeliruan di atas padang permainan.



5.Memilih kombinasi taktik pengurusan yang sesuai

Untuk mana-mana situasi perosak, terdapat beberapa pilihan yang perlu diambilberat.

Pilihan termasuklah pengawalan mekanikal atau fizikal, pengawalan kultur, pengawalan biologi dan pengawalan kimia.

Pengawalan mekanikal atau fizikal termasuklah pengutipan perosak dari tumbuhan, atau menggunakan jaring atau bahan lain untuk mencegah perosak termasuklah burung atau tikus dari masuk dalam struktur tanaman.

Pengawalan kultur termasuklah menjadikan sesuatu kawasan yang kondusif dengan membuang atau menyimpan sisa dengan lebih baik atau membuang tanaman yang dijangkiti dari kawasan penanaman.

Pengawalan biologi adalah melalui pemeliharaan dari pemangsa semulajadi atau peningkatan pemangsa semulajadi.

 Pengawalan peningkatan pemangsa semulajadi termasuklah memperkenalkan pemangsa secara semulajadi ada samada pada tahap dibanjiri atau diinokulasi.

Tahap dibanjiri adalah dengan memasukkan pemangsa dalam jumlah yang banyak dalam memusnahkan populasi perosak.

Tahap inokulasi bermaksud memasukkan pemangsa dalam jumlah yang lebih sedikit untuk mengurangkan populasi semulajadi perosak dan pengawalan ini adalah berterusan.

Pengawalan kimia termasuklah penggunaan racun perosak seperti racun serangga dan racun rumpai.

Program Hijau Pengurusan Perosak IPM menggunakan racun perosak yang dihasillkan dari bahan-bahan semulajadi.



6.Membuat penilaian hasil 

Bagaimana ianya berfungsi?

Penilaian kadang-kala adalah salah satu langkah yang paling penting.

Proses ini untuk menilai semula satu program IPM dan hasil yang diperolehi.

Mempersoal soalan-soalan berikut adalah turut berguna:

Adakah tindakan memberikan kesan seperti dikehendaki?

Adakan pencegahan dan pengurusan perosak ini memenuhi kepuasan petani?

Adakah kaedah itu sendiri berhasil?

Adakah terdapat mana-mana kesan sampingan yang tidak dikehendaki?

Apakah yang dapat dilakukan pada masa depan untuk sistuasi perosak ini?

 Pemahaman terhadap keberkesanan program IPM membolehkan pengurus kawasan untuk membuat penyesuaian kepada rancangan IPM sebelum perosak mencecah ambang tindakan dan memerlukan tindakan dilakukan semula.


0 comments:

Post a Comment

My Photo
Cinta Si Gadis Ungu
Sacha Sheira 20++ Student at UPM Kampus Bintulu Kota Kinabalu, sabah.. Jangan menaruh harapan..
View my complete profile