Untuk
ladang berskala besar dan berasaskan bahan kimia, IPM dapat mengurangkan
pendedahan manusia dan persekitaran kepada bahan kimia berbahaya dan
berpotensi menurunkan kos keseluruhan untuk penggunaan bahan racun perosak dan
pekerja:
1.Pengecaman perosak
yang betul:
Perosak jenis apa?
Kes-kes yang melibatkan pengecaman yang salah menyebabkan
tindakan yang diambil adalah tidak berkesan.
Jika tumbuhan rosak disebabkan terlebih penyiraman, ia
menyebabkan infeksi fungi dan kos penyemburan akan berlaku dan tumbuhan tidak
akan menjadi lebih baik.
2.Mempelajari
kitaran hidup dan biologi perosak dan perumah:
Pada masa anda melihat sesuatu perosak, ia mungkin sudah
terlambat untuk melakukan lebih IPM kecuali membuat semburan dengan racun
perosak.
Kadang-kala, terdapat peringkat kitaran hidup yang lain yang
mudah terdedah untuk tindakan pencegahan. Sebagai contoh, biji benih rumpai
pada musim penanaman terdahulu mungkin dapat dicegah dengan sungkupan.
Pelajari apa yang diperlukan oleh perosak untuk hidup dapat
memusahkan anda mengalihkannya.
3.Pantau atau
membuat persampelan persekitaran untuk populasi perosak.
Berapa jumlah perosak yang ada?
Tindakan pencegahan mesti diambil pada masa yang betul.
Untuk alasan tersebut, apabila perosak telah dikenalpasti dengan
tepat, pemantauan mesti dimulakan sebelum ianya menjadi masalah.
Perangkap perlu diperiksa sekerap yang mungkin dan dengan itu
populasi dapat dipantau dan dikawal sebelum ianya lebih teruk.
Sesetengah faktor untuk diambil berat dan dipantau termasuklah:
Adakah
perosak ada atau tidak?
Bagaimana
dengan taburan, samada keseluruhan kawasan atau hanya disesetengah tempat?
Adaka
populasi perosak meningkat atau berkurangan?
4.Menubuhkan
tahap/ambang tindakan (ekonomi, kesihatan atau estetika)
Bagaiaman banyaknya terlalu banyak?
Dalam sesetengah kes, sesetengah jumlah perosak adalah boleh
ditolenrasi. Kacang soya toleran dengan kehilangan daun, jika terdapat beberapa
ulat dalam kawasan ladang dan populasi mereka tidak meningkat dengan dramatik,
maka tidak perlu tindakan dimabil.
Sebaliknya, terdapat titik di mana tindakan mesti diambil untuk
mengawal kos.
Untuk petani, titik tersebut adalah di mana kos kerosakan
disebabkan perosak adalah lebih besar dari kos pengawalan. Ini adalah ambang
ekonomi.
Toleransi kepada perosak adalah pelbagai dengan samada
ianya melibatkan bahaya kesihatan (toleransi rendah) atau semata-mata kerosakan
kosmetik (toleransi tinggi dalam situasi bukan komersial).
Kawasan yang berbeza mungkin juga mempunyai keperluan yang
berbeza berdasarkan kawasan yang khusus. Kehadiran cengkih putih mungkin
diterima sepenuhnya pada bahagian kotak tee di padang golf, tetapi tidak dapat
diterima dalam laluan dimana ianya menyebabkan kekeliruan di atas padang permainan.
5.Memilih kombinasi
taktik pengurusan yang sesuai
Untuk mana-mana situasi perosak, terdapat beberapa pilihan yang
perlu diambilberat.
Pilihan termasuklah pengawalan mekanikal atau fizikal,
pengawalan kultur, pengawalan biologi dan pengawalan kimia.
Pengawalan mekanikal atau fizikal termasuklah pengutipan perosak
dari tumbuhan, atau menggunakan jaring atau bahan lain untuk mencegah perosak
termasuklah burung atau tikus dari masuk dalam struktur tanaman.
Pengawalan kultur termasuklah menjadikan sesuatu kawasan yang
kondusif dengan membuang atau menyimpan sisa dengan lebih baik atau membuang
tanaman yang dijangkiti dari kawasan penanaman.
Pengawalan biologi adalah melalui pemeliharaan dari pemangsa
semulajadi atau peningkatan pemangsa semulajadi.
Pengawalan peningkatan pemangsa semulajadi termasuklah
memperkenalkan pemangsa secara semulajadi ada samada pada tahap dibanjiri atau
diinokulasi.
Tahap dibanjiri adalah dengan memasukkan pemangsa dalam jumlah
yang banyak dalam memusnahkan populasi perosak.
Tahap inokulasi bermaksud memasukkan pemangsa dalam jumlah yang
lebih sedikit untuk mengurangkan populasi semulajadi perosak dan pengawalan ini
adalah berterusan.
Pengawalan kimia termasuklah penggunaan racun perosak seperti
racun serangga dan racun rumpai.
Program Hijau Pengurusan Perosak IPM menggunakan racun perosak
yang dihasillkan dari bahan-bahan semulajadi.
6.Membuat penilaian
hasil
Bagaimana ianya berfungsi?
Penilaian kadang-kala adalah salah satu langkah yang paling
penting.
Proses ini untuk menilai semula satu program IPM dan hasil yang
diperolehi.
Mempersoal soalan-soalan berikut adalah turut berguna:
Adakah
tindakan memberikan kesan seperti dikehendaki?
Adakan
pencegahan dan pengurusan perosak ini memenuhi kepuasan petani?
Adakah
kaedah itu sendiri berhasil?
Adakah
terdapat mana-mana kesan sampingan yang tidak dikehendaki?
Apakah
yang dapat dilakukan pada masa depan untuk sistuasi perosak ini?
Pemahaman terhadap keberkesanan program IPM membolehkan
pengurus kawasan untuk membuat penyesuaian kepada rancangan IPM sebelum perosak
mencecah ambang tindakan dan memerlukan tindakan dilakukan semula.